Thursday, January 29, 2009

Aku gembira kerana......???

rasenye rmi yg tertanya2....cik yumici ni dh nak kawin ker.... :) ..... ayat plak berbunga2.....puitis sungguh.....jiwang???? emmmmm...nk kate cik yumici ni jiwang xlah jgk....tapi ada masa terjiwang cikit2....eleh, korang tipu klu korang kata xpernah jiwang....hehhehehehehe :) .....


utk makluman semua rakan2 blogger ( siapa yg nk tau je k... ), cik yumici akan melangsungkan pertunangan xlama lagi...yup, xlama lagiiiiiiii....tinggal beberapa mgu je lagi......skrg tgh bz ngan persiapan pertunangan.... :) ..... stakat ni, alhamdulillah sume persediaan berjalan ngan lancar hasil bantuan bakal tunang cik yumici...sungguh rajin CHENTA HATI cik yumici ni menolong dngn seikhlas hati....


pinky....2lah tema cik yumici...pink+putih....so sweet....(^-^)....klu lelaki nmpk jambu, klu gurl nmpk comey kan....spruh hntran dh siap...mmg cntik sngt2....thankz kak aida...idea akak mmg mantap....ada butterfly, white pearl, bling bling....yg paling penting akak aida memahami konsep hantaran yg cik yumici nak.... :) ... (siap ada konsep tu..... :p )....


sbhgn hntaran dh ada pada cik yumici....emmmm nnti cik yumici mntk kbnran kat bakal tunang leh tak uploadkan dlm blog ni....nnti xsuprise plak kan upload awal2....atau cik yumici msukkn kat dlm FS ke, FACEBOOK ke, FLICKR ke, PHOTOPAGE ke....ok nnti cik yumici pk kan nk uploadkan katne....


tgu je k gmbr2 terkini drpd cik yumici....

Wednesday, January 28, 2009

Ku menghitung detik itu....


detik itu semakin hampir....terasa perasaan ini semakin berdebar2.....segalanya telah disempurnakan dengan baik....hnya waktu dan saat itu sahaja yang ditunggu2 ....ku panjat kan doa kpd yg MAHA ESA, semoga semua akan berjalan dngn lancar....



" terima kasih CINTA "
untuk segal
anya
kau berikan aku

kesempatan ini.......



Sunday, January 25, 2009

Khas Buat XEKCALSOM


Xekcalsom, kenalan yg telah lama aku kenali...perkenalan antaranya terjalin smsa kami sama2 belajar di POLITEKNIK JOHOR BAHRU.....hampir 7 tahun rasenye persahabatan kami ini.....


apa yg istimewa tntg gadis bernama exal ni.... :) .... dia pndi memasak, suke kan cabaran dan sangat mementingkan persahabatan.....yg paling best dok serumah dngn exal ni, dia suke sngt masak.....ape je yg dia masak mesti best...n hobi terbaru dia skrg adalah wat kek coklat...nyummmieeee....dngr2 nk bukak bisnes lps ni.... :)


habis je poly, ingtkan dh xdpt nk jumpa dia lagi...tapi persahabatan kami msh berpanjangan lagi coz kami sama2
melanjutkan pelajaran di UTHM....bezanye, dia masuk satu sem awal drpd aku.....xkisahlah, yg penting aku n dia msh lagi menjadi kwn shingga kini....skrg, msg2 dh dok jauh....dia di JOHOR aku di N9...jumpe mmg jarang sngt, sms boleh dikatakan tiap2 hari...hehhehehe


knp aku bercerita tntg hal dia ek? emmmmmmmmm..........


sbnrnye, esok merupakan hari yg indah di dlm hidupnye kerana dia akan melangsungkan
pertunangan dngn insan tersayang....cume aku di sini rase sedih sngt coz tak dapat menghadirkan diri atas sbb2 yg xdpt dielakkan.....aku baru je call exal, n ada nada2 hampa coz aku xdpt nk g mjls dia....tapi aku tahu yg dia xsalahkan aku coz dia tahu knp aku tak datang.... (exal, klulah johor tu dekat ngan tmpt aku ni, malam ni aku dh smpi tau.....huhuhuhu)


di sini, aku akan sntiasa doakn kebahagiaan utk dirinya...smga ikatan pertunangan itu akan diakhiri dngn ikatan perkahwinan dan akan kekal untuk selama-lamanya.... :) ..... nnti majlis aku ko dtg k.....aku tggu ko.....hehehhehee.....


muahhhh...luv u frenz....

Friday, January 23, 2009

Cancer Si Chenta Hati....


2hari xonline...g pahang lagi coz ada hal penting yang perlu diselesaikan...tiap2 mgu rasenye g pahang....n kali ni dh xpayah g lagi coz sume dh settle.....aminnnnn.............. :)...(ada masa aku citer k)


ada satu email ni berkaitan lelaki...."Ciri2 lelaki berdasarkan zodiak".....lps baca trus forward kat rakan2 lelaki yg lain....hhehehehhehe...biar diaorg tahu diorg tergolong dlm golongan aper....


CHENTA HATI berbintangkan CANCER....yup, sama ngan aku....bintang kami sama...so sng nk gapai bersama2....(cheeeeewaaahhhhhhh)......


** Lelaki Cancer: Inilah lelaki paling sensitif dari semua zodiak. Mood-nya selalu berubah-ubah. Yg peliknya, perubahan itulah yang membuat dirinya mempersona. Ia bukan jenis lelaki yang berani.(dia seorg yg berani...sngt berani...dan kdg2 keberaniannya menakutkan aku....)..... Ia akan menunggu masa yang tepat untuk mendapatkan keinginannya. Ia paling tak tahan ditolak dan sangat anti dipermalukan. Ia melindungi dirinya sedemikian rupa sehingga kelihatan tidak romantik. (yup, nampak mcm xromantik.....sifat romantik dia tersembunyi...2yg aku suke...xmenunjuk2 )Bakat cancer di antaranya adalah kreatif dan imajinatif. Ia menyukai perempuan yang berdikari, ceria, aktif, ada kepercayaan diri, dan sopan.(aku ceria, aktif n cikit2 sopan....:)....insyallh aku mampu berdikari tapi bab kepercayaan diri ni mcm kureng cikit kat aku...)


setelah aku meneliti ciri2 ni, bnyk juga yang sama ngan CHENTA HATI aku.....color kuning tu tandanya aku TAK setuju...tanda merah tu tandanya aku stuju... :) ......


kat bawah ni ada lagi senarai2 zodiak yg lain...so korang leh baca n bandingkanlah adakah ianya sama dengan lelaki2 di samping korang....juz utk lelaki je k.... :)

*****************************************************************

Lelaki Aquarius: Ia berdarah panas, suka melakukan apa pun mengikut keinginan. Jika tak memahami atau tak mampu mengikut rentaknya, anda tak akan selesa bersama dia dalam waktu lama. Gaya percakapannya straight to the point dan tak pandai berbohong. Ia tak suka orang yang mudah putus asa, yang tak ada semangat, dan yang berfikiran cetek. Jangan memancing kecemburuannya kerana ia tak akan membuat kecoh, melainkan pergi meninggalkan anda.

Lelaki Pisces: Ia berjiwa sensitif, pendiam, pemalu, dan sangat emosional. Ia bukan orang yang suka melawan arus, dan lebih memilih jalur aman. Bagi dia, dalam hidup yang penting bukanlah cinta melainkan status dan kestabilan. Ia suka perempuan yang ceria dan cerdas. Jangan menasihati dirinya kerana ia tak suka. Ia lebih menghargai apabila anda mencontohkannya terlebih dulu daripada membebel tak tentu hala..

Lelaki Aries: Ia kelihatan lembut, tapi di dalam hatinya ia orang yang sekeras baja. Halangan kecil tidak akan membuatnya jatuh begitu saja. Keras kepala menjadi ciri dari warga Aries. Pujilah dirinya dan berikan senyuman kepadanya kerana itu akan melembutkan hatinya. Ia gemar menunjukkan apa yang disukainya dan lebih menyukai perempuan yang ada cirri-ciri ibu rumah tangga.

Lelaki Taurus: Taurus pada kebiasaannya tak suka pada undang-undang. Ia sangat suka akan kebebasan. Jika anda ingin bersamanya, jangan membuat syarat-syarat untuknya kerana dia akan segera pergi meninggalkan anda. Ia mampu melakukan perkara-perkara yang pelik pada orang lain. Ia suka mencari dan menganalisis orang dan bermacam-macam perkara lain. Jika anda sedang bersama dengan lelaki taurus, jangan ceritakan terlalu banyak tentang kehidupan peribadi anda, tetapi buatlah dia tertanya-tanya. Cara itu akan membuatkan dia bersemangat untuk mendapatkan hati anda.

Lelaki Gemini: Ia mempunyai kemampuan khusus, handal berkata-kata. Jika diberi kesempatan, ia mampu bercakap tanpa henti. Ia orang yang tak boleh diam, hiperaktif, dan amat pentingkan kekemasan. Ciri utama lelaki gemini adalah sangat memilih dan mudah bosan. Ia dapat mengubah fikirannya sepantas kilat. Ia tak menyukai pekerjaan yang sama setiap masa dan sangat sukar menepati masa. Jika ia datang terlambat bukan kerana ia lupa, tapi kerana ia selalu tertarik kepada perara lain yang menarik perhatiannya.

Lelaki Leo: Penampilan luarnya menunjukkan ia orang yang lemah lembut, tapi sebenarnya dia kuat dan percaya diri. Kata-katanya selalu tampak normal, tapi kerap berisi perintah dan permintaan. Harga dirinya sangat tinggi. Ia dapat membantu memecahkan permasalahan orang lain, kecuali masalahnya sendiri. Ia bisa terluka kalau Anda tidak memercayai atau tidak menghargai kemampuannya. Ia suka pada orang yang bergantung padanya, karena itu membuatnya merasa berkuasa.

Lelaki Virgo: Ia sangat menghargai masa. Membuatnya menunggu akan dianggapnya sebagai sebuah penghinaan. Ia tak suka dikritik. Ia seorang perfeksionis yang romantik, sanggup mendaki gunung everest hanya untuk mengatakan ia merindukan anda. Perempuan yang menarik hatinya adalah yang rapi dan berpenampilan up to date. Ia seorang yang amat teliti, pendiriannya juga teguh, ya adalah ya, tidak adalah tidak, apa pun orang cakap tidak dipedulikannya. Orang virgo juga terkenal dengan kesetiaannya.

Lelaki Libra: Sebagian besar lelaki libra berwajah tampan dan mempersonakan. Bahkan jika rupanya biasa-biasa pun, tetap terlihat menawan. Ynag negatifnya, ia keras kepala dan selalu memulakan pertengkaran. Ketika mood-nya baik, ia lelaki yang menyenangkan. Jika tengah tak ada mood, ia paling suka mencari masalah untuk bertengkar. Secara semulajadi, orang libra suka berada dalam dunianya sendiri. Tak suka melakukan hal yang pelik-pelik. Ia tak suka pada perempuan yang solek berlebihan atau yang mengalahkan artis.

Lelaki Scorpio: Ia sangat sensitif dan mudah terluka. Ia tak pernah mempercayai siapa pun kecuali dirinya. Kesabarannya mengagumkan. Ia dapat menunggu beberapa tahun untuk mencapai tujuannya. Ia sangat serius terhadap cinta dan tak akan membuang masa bersama orang yang tak dicintai. Warga Scorpio terkenal dengan sifat pendendam. Jangan pernah menjanjikan hal-hal yang tak akan dapat dipenuhi kerana ia akan terus menuntutnya. Ia ingin dihargai dan dikagumi, tapi tidak ingin anda menguasai dirinya.

Lelaki Sagitarius: Warga sagitarius suka kehidupan sosial, gelak tawa, dan tak mahu ketinggalan trend terkiri. Ia benci rutin seharian kerana membuatnya bosan. Ia bukan pengurus kewangan yang baik. Tapi ia bukan orang yang boros. Ia suka pujian dan kata-kata manis. Ia suka melancong dan melihat tempat-tempat menarik. Sagitarius tak suka akan tanggungjawab, oleh kerana itu ajakan untuk berkahwin akan membuatnya seperti tercekik. Ia mudah sekali jatuh cinta, terutama pada perempuan manis, kelakar, dan yang ada pendirian yang kuat.

Lelaki Capricorn: Ia pendengar yang baik dan dapat memahami semua perkara dengan jelas dan mudah. Mempunyai firasat yang tajam, boleh meneka apa yang anda ingin katakan, bahkan sebelum anda mengatakannya. Wanita selalu datang kepadanya tanpa diundang. Ia suka suasana tenang dan damai. Ia akan memberikan anda kebebasan dan hanya melihat dari jauh. Ia kekasih sempurna dari semua zodiak, lelaki romantik yang akan mengajak anda bercengkerama di bawah sinar bulan purnama. Ia tewas pada perempuan yang kemas dan berpakaian cantik.

Tuesday, January 20, 2009

Ayam den Lopeh.....

bagi sesiapa yg xmengenali diri ni, aku sbnrnye org N9.....TAPI, bukan tulen N9....kire kacukan gak arrr...coz mak ayah aku bukan berasal dari N9....JOHOR + MELAKA = N9.....hah boleh dikire kacukan gak tu walaupun hidung ku xmancung, pipi xgebu, kulit tak putih....hehehhehehhe


sesiapa anak jati N9, mesti pernah dngr lagu AYAM DEN LOPEH kan....lagu tu best tapi aku xlancar pun....yang ngajar aku nyanyi lagu ni pun CHENTA HATI coz dia mmg anak jati nogori....masa aku nyanyi lagu ni dpn dia bnyk betul correction tang sebutan lirik.....hehehehhe.....sebutan nogori aku xbetul, katenye lah...


mungkin dsbbkan kitaorg boring, lagu ni bleh plak terkeluar dari mulut dia.....sedap di dngr...so dlm kete ontway g jalan2, aku suh dia nyanyi spnjng perjalanan kami....dan akhirnye aku berjaya menghafal corus lagu tu je..... :) ....



**versi nogori sembilan**

poie ke mano dek, kualo pilah
batu berapo dek, duo songah
rumah yang mano dek, topi sawah
berlangser meghah....


**versi melayu**

pergi ke mana dik, kuala pilah
batu berapa dik, dua setengah
rumah yang mana dik, tepi sawah
berlangsir merah....

Spa Q....

kenapa aku suke tgk citer SPA Q...? mesti rmi yg xlayan sngt ngan citer tu coz kbnykan komen yg aku baca dlm paper, pelakon2 SPA Q agak over....ye ke? emmmmm ada kebenaran di situ...bagi aku over dari segi pemakaian n solekan....


stakat ni aku xpernah miz tgh citer tu...eh tipu!!!....hehehhhe..pernah xtgk 2 hari coz g pahang...ada urusan penting yang perlu diselesaikan di sana.....yup, sangat penting.....terpaksa ku korbankan SPA Q untuk MU.... :)


ok smbg balik pasal SPA Q .... aku mmg follow citer tu masa musim pertama lagi...masuk ke musim ke dua pelakon mcm dh xbest...bnyk watak dah xder...fara comel takder( elly mazlein)...aku suke watak elly dlm citer tu...comeiii n manja....


seksi...? yup pelakon agak seksi aku rase.....aku xsuke tgk color rambut norish....emmmm...awatlah perang sangat...dh tak cntik rasenye....azizah mahzan plak, pakaian kurang sesuai dgn usia nye.....rmi jgk yang komplen......


bab jalan cerita still menarik lagi....xmembosankan...bnyk konflik yang berlaku...pasal family, percintaan, sahabat n macam2 lagilah...tapi aku still xsuke tgk rambut norish....huuhuhuhuhu...


"Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan " ... (ayat ni aku amik dalam satu forum SPA Q)

Saturday, January 17, 2009

Nyummieeeee......Durian... :)


sodappp eeeeeeeeee aiiiiiiiiiii (baca dlm loghat nogori... :) ).... musim durian ke skrg ek....ntah aku pn xtau...tpi tgk rmi je org jual durian....


khmis aritu g pahang...ontway g sane, kereta aku follow lori durian...bau mmg xleh nk cakap arrrrr....rase mcm nk suh je apek tu berhentikan lori dia....time tu mmg teringn sngt nk makan..tapi xcakap ngan sape2 pun.....snyp je....smpi pahang, g umah mak tam ( CHENTA HATI punye makcik )...dapatlah rase seulas durian kat umah dia...rase sorg cikit coz ada sebiji durian je yg tingal....huhuhu...ok lah tu...rezki kan....


nk ajak cari durian tapi takut nk ckp.....so snypkan lagi....huhuhuhu....balik je dari pahang kat umah ada bau durian....wah, kwn ayah bagi durian arrrrr....nyummmmieee...rezeki lagi....kali ni bukan makan seulas, tapi makan 4-5 biji durian...hehhehehehe.......yang paling hangin kat umah ni akak aku coz dia xsuke durian...hehhehehe...cian dia...pening2 kpala bau durian.... :)


knp ada org xsuke makan durian ek....pelik...pelik... :)

Thursday, January 15, 2009

From Dubai?

Dubai? emmmmm...aku ada kwn dri Dubai ke...tgh dok pk2 ni....jauh tu...silent reader kot...jeng jeng jeng......siapakah gerangan insan tu....sile lah tinggalkan msg dlm blog cik yumici ni... :)

Tuesday, January 13, 2009

Akhirnye Memey muncul jua....

NAMA: Suhaiza Suhaimi
TARIKH LAHIR: 25 Mac 1988
ASAL: Kota Tinggi, Johor
PENDIDIKAN: SPM



kemunculan memey mmg ditggu2 oleh org ramai termasuklah aku......hhehehhee....sume nk tau penjelasan memey berkenaan kes khalwatnye...lps je dia ditngkap khalwat bersama norman, memey terus menghilangkan diri....


tepat jam 12 tghari, MEMEY dengan beraninye muncul dlm wanita hari ini.....nmpk ayu n sopan memey ketika itu...berbaju kurung pink...wah warna fvrite aku plak tu... :) ....dlm WHI memey bukan shja ditemani oleh dua org pengacara WHI yg cune tu(aku xtau nama diaorg), tapi juga memey ditemani oleh wartawan2 yg smemangnye menunggu kemunculan memey....wartawan yg paling aku perasan adalah ABG RAMBUT KETAK....hehehhe...wartwn melodi...mguni punye melodi mesti ada citer sensasi pasal memey...michel pun ada...tgu je lah soalan maut dari michel tu... :) ...


emmmmm..cmne nak ckp ek...ni juz pendapat aku je lah...aku harap peminat norman n memey xder yg marah2 apa yg aku cube tuliskan ni...hehhehe...jgn emo sngt tau.... :p ... dlm kes abby, norman n memey ni aku lebih berpihak kpd abby...kenapa? coz bagi aku abby xsalah dlm hal ni....masa aku tgk muke memey dlm tv hari ni, rase marah n geram pn ada kat dia...tapi 2 lahkan, bnda dh jadik dh xbleh nk elakkn...


yg xbleh blah tu bile memey puji norman....norman seorg yg ada misi n visi tersendri...hahahhhaha...klakar rasenye...mmgla ada misi , misi nk kawen dua... :) ... pastu perkataan memey yg slalu sebut plak "saya xmenyangka...saya xmnyangka"....bnda dh jdi mmg lah tak disangka....terlalu mude utk memey menyangka sume tu kan...


mula2 muke memey memang rilek je time temubual tu....tapi bile ada sorg pemanggil ni mcm emo giler kat dia, dh mula marah2 coz rapat ngan laki org, muke memey mmg berubah....time dia jwp setiap soalan, nmpk airmuke dia yg dh nk nangis...tapi dia tahan je...cian, mmg kesian tgk memey..tapi perkara tu dia yg buat so kenelah tnggung kan...tapi aku xbrapa nk kesian pun....sorry 2 say.... :)


betul kata sorg wartawan ni, selama ni bile org tnya memey akan cakap norman hanya kawan...smpi skrg pun memey cube menafikannya...tapi khalwat ni bukan benda main2..melibatkan maruah seseorg....so bile dh smpi tahap kene tngkap khalwat ni bukan stakat kawan lagi dah....mungkin lebih dari tu kan...xbleh nk ckp lebih2 sbb xnmpk...hehhehe


dlm kes ni, bgi aku norman turut bersalah....dh ada family bahagia, anak2 yg comel, wife yg cntik tapi still nk buat jahat kat luar....lelaki bila dh ada duit, ada kuasa boleh lupe diri....sume benda nk buat tanpa pk anak bini....last2 anak bini tinggalkan dia....aku tak simpati lngsung ngan norman walaupn dia nangis time cerai ngan abby coz bgi aku airmata dia airmata palsu...hehehheh...pelakon kannnnn....


ramai kata abby garang, suke marah2 norman....emmmm yeke? leh caye ker?klulah abby tu garang sngt, xkn masa penceraian pertama dia, norman brsungguh2 nk rujuk balik....klu lah abby tu control norman, xkn lah abby izinkan norman bekerja smpi lewat malam...so sesama lah pk k....mgkin abby garang ada sbb...sbb dia sygkan suami dia....sayangkan rumah tngga dia....so dia kene tegurlah kot2 ada benda yg norman salah buat...


ni lah perkara yg paling takut di dalam sesuatu perhubungn n perkahwinan...kehadiran org ke 3...disbbkan org ketiga segala kemungkinan akan berlakukan....jujur n setia lah pada setiap psngn...terimalah kelebihan n kekurangan pasangan msg2....klu nk cari yg sempurna mmg susah...manusia manalah ada yg sempurna....jika dh bhgia knp mesti mencari kbhgn yg lain....!!!! kekayaan, kecantikan, keglamoran xkemana...pinjaman dunia je....yang penting memey tetap salah....hehhehehehe...

Monday, January 12, 2009

mangsa gambar..... :)

yup, insan ini mmg slalu jadik mangsa ke "BLUR" an gambar dalam blog aku....hehhehhehe....




kenapa ek...? SEBAB...aku xnak mangsa ini diculik dan penculik itu akan minta wang tebusan kat aku....aku xder duit....hehhehehehhehhehe....




juz kidding je beb....!!!!

Sunday, January 11, 2009

mata ini....

kenapa dngn mata cik yumici...? apakah tujuan ci yumici memasukkn gmbr mata ini...ni mmg mata cik yumici tau bukan mata org lain....hehehehehhe




u all perasan tak...cik yumici kan gadis berkacamata..tapi gmbr tu menunjukkn cik yumici tak pakai spek mata...hehhehehe...yup....cik yumici baru blajar pakai contact lenses....blajar ada makna tu... :)


lenses yg cik yumici pakai skrg adalah brand freshlook color brown....slama ni xperasan pun yg mata ni dh memang color brown...so bile pkai lenses brown mcm xnmpk ape2 perubahan pun...xperlah....yg penting nmpk n xlanggar tiang....hehehhehehhe



hari ni baru masuk 2 hari pakai lenses ni...still xselesa lagi...mybe dh terbiasa pakai spek....klu main bola pun still lagi pki spek n xpernh terpk nk pakai lenses....bile first time pakai ni rase mmg lain mcm sngt2...xperlah utk 2bln ni kene bersabar cikit..lps ni, aku dh bleh pakai spek mcm biasa....tapi kot2 dh tersedap pakai contact lenses ni, ape salahnye pakai smpi bile2 ek....hhhehehhee

Thursday, January 8, 2009

laskar pelangi...




mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
telah hilang
tanpa lelah sampai engkau
meraihnya

laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
raih bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau ini kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi di bumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia takseindah surga
bersukurlah pada yang kuasa
cinta kita di dunia

selamanya...



zwani.com myspace graphic comments
" ray & yumici "

Wednesday, January 7, 2009

kenangan bersama zaza...

ZAZA org yg pertama menjawap tag aku...tq za....


apa yg zaza tulis pasal aku mmg benar...hhehehehe...wah seorg shbt yg sngt memahami... :)...klu korang nk baca apa yg zaza tulis, juz klik je kat cni k..ZAZAWATIE....(za aku promote skali blog hang...hehhehehe)


detik perkenalan ngan zaza....wah, mmg best....knl kat asrama lagi smasa kami sama2 menuntut di UTHM... zaza ni suke sngt g umah aku....makan, tido , mandi sume kat umah aku coz budak2 umah aku sume best2...betul tak zaza !!!....lagipun kebetulan masa kat asrama, budak2 umah aku sume ex-poly....so sume sekepala...slain zaza, kewek pun suke g umah aku gak...so drpd 10 org umah aku dh jdk 12org...hehhehe...dan kebetulan jugak budak2 umah aku ni sume budak IT...wah mmg best giler.... spnjng kitaorg dok bersama mmg xpernah ada masalh..bayangkan 12 org dok satu rumah yg besar tanpa masalh....hahhahahhaha...mcm2 aktiviti yg kitaorg buat...syokkkk....


ko ingt lagi tak za, masa sem satu lagu yg popular lagu rossa , PUDAR...kiter siap menari lagi ikut video klip lagu tu...yg paling suke menari time tu ko, aku, gha n zuera...hahhaha....aku rase ko ngan zuera yang paling ingt step lagu tu....malam2 klu xleh tido, kite mesti senaman tarian dulu kan.... :) .....


:: zaza, kewek, noyu n aku ::


za, penat tau aku cari gmbr ni....sume cd aku bukak coz nk letak pict ni dlm blog aku :) aku ingt lagi ni gambar first kite kat padang...xsalah aku masa ni ko, aku, kewekz n noyu sama2 nak g tranng handball kan...eh tapi aku main netball masa tu...saje join kejap team ko... :)




ko perasan tak beg oren yg aku sandang tu...beg kesygn aku yg hilang msa umah aku kene pecah masuk ....huhuhu...hampeh tol arrr..... sume koleksi sukan, aku simpan dlm beg tu....last2 beg tu jgk yg org minat.... huhuhuhu...sedey siottt.....


emmm..trasa rindu plak ngan kngan kite kat UTHM kan....skrg sume dh bawa hala tuju msg2....walaupun kite smkin jauh tapi ukhwah persahabatan kiter akan utuh selamanya....

Tuesday, January 6, 2009

Surat ini....

Tin tin....(mcm tu ke bunyi hon posmen....?? :) ).... posto posto....cik nor azlina ada? ada surat daripada UTHM utk dia....

alanggggg ( jerit ayah ku..).... ada surat ni dari U...kene sign....

emmmmm...surat apekah itu? (dengan tersenyum lebar).....pos laju
lagi tu....oooo surat tamat blaja di UTHM......UNIVERSITI TUH HUSSEIN ONN MALAYSIA...dulu dikenali sbgi KUiTTHO.... :)


"sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Tetap Senat mengenai peperiksaan/keputusan peperiksaan yang bermesyuarat pada 24 Disember 2008 telah memperakui saudara/i dianugerahkan dengan SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT, KELAS _______ (dirahsiakan...hehhehe) "



yah, akhirnyeeeee.....aku akan dianugerahkan ijazah.....
mmmmm...yg xbest nye kene tggu majlis konvo yang agak lewat diadakan... konvo di UTHM hanya diadakan skali, berbanding dngn U lain...ada sstgh U tu ada mini konvo, so xpayah nk tgu lama2....huhuhuhu


xperlah, yg penting surat ni dh smpi kat tgn aku n aku puas ati ngan kptsn yg aku dapat....alhamdulillah....


kejayaan aku hasil doa n smngt dripada ke dua ibubapa ku, adikbradik n rakan2 sume....ada seorg lagi insan yg xkan aku lupe spnjg hayat ku....dialah yg menjadi pendorong aku slama ni...tnpa nasihat n smngt dia tntu aku xkn mencapai kejayaan sprti skrg....bukan sng untuk menggenggam segulung ijazah....


duluuuuuuuu....(wah tetiba teringt kisah silam....) ... aku hnya memiliki sijil poly....sthun aku bekerja sbgi pmbantu rekod perubatan di sebuah hospital...masa tu xterpk pun nk smbg study....tapi insan ni telah menggalakkan aku utk smbg blaja.....spnjng aku study, dia xjemu2 bagi sokongan kat aku...time aku down sngt time study, dia jugak lah yg menaikkn kmbali smngt aku...walaupun dia jauh daripada ku, tapi doa dan nasihat dia sntiasa mengiringi ku......thanks 4 everything....



jikalau dia baca apa yg aku tulis ni, aku hnya ingin memberitahu nya " terima kasih coz sudi menjadi sahabat yg baik, sahabat yg stia, sahabat suka dan duka ku (hampir 15 tahun kami telah menjalinkan persahabatan....lama kan....) , terima kasih jgk krna menjadi CHENTA HATI yang sangat2 rajin melayan karenah aku.....terima kasih utk segalanya...... :)

kenapa wanita suka menangis.....

aku wanita, suke nangis....engkau pun wanita, suke nangis tak...ahhh bohong klu ko xprnah nangis....aku menangis bersebab...sbb sedih, sbb disakiti, sbb dikhianati, sbb dan bersebab (ayat ni xder kaitan dngn sesiapa pun...hehhehehhe)


k lah, baru baca email tadi...best plak baca email yg CHENTA HATI aku ni bagi...so nk kongsi sesama ngan rakan2 k...


Seorang anak lelaki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"
"Kerana ibu seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"saya tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu selalu menangis?"
"Semua wanita suka menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak lelaki kecil itu telah dewasa tetapi dia masih dibelengu persoalan yang sama, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya dia bertanye kepada yang MAHA ESA "Ya ALLAH, mengapa wanita begitu mudah menangis?"



Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



tidakkah Kau tahu:


" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."


SELAMILAH HATI WANITAMU....DAN....

INGATLAH....

SETIAP WANITA ITU CANTIK

Cinoi oh cinoi....

ok...curi2 masa jap..baru lps nyapu umah...mak xperasan aku masuk bilik, nk on9 jap....hehehhehe...teringat TAG cinoi yg masih belum aku jawap....


uiksss.....apesal nama CINOI jadik topik dlm blog aku
ni....hehehhehe....mesti bangga CINOI... CINOI telah men TAG aku.....arghhhhhhh....perkara yang paling malas utk aku lakukan....huhuhuhu....


xperlah cinoi, disbbkan aku rindu kat ko , aku jwpkan TAG ko ni k... :)


:: kenangan.....cinoi n aku swaktu di sabah ....game netball..... ::


1. What is the relationship of you and him/her?

seorg kawan, seorg sahabat, seorg budak bwh umur yg aku kenali di UTHM…. hahahhahaha



2. Your 5 impressions towards him/her?

* Sngt kurus….

* Suke kan fashion

* Malas tranng netball….heehhehe

* Kuat melawak n suke wat aku ketwa terbahak2

* Suke bercakap.... fuh payah betul nk suh dia berhenti cakap....


3. The most memorable things he/she had done for you?

Bnyk bnyk bnyk…sume berkaitan netball….thankz coz jdk pemain yg hebat…hhehhhe


4. The most memorable things he/she have said to you?

Beb !


5. If he/she become your lover, you will..

Eiiiiii xmau aku…hahhahha….


6. If he/she become your enemy, you will..

Brani ka…wa blasah lu beb…si kurus lawan si keding…


7. If he/she become your lover, he/she has to improve on...

Xperlah cinoi...xpayah susah2 k..kang jeles abe ko.. :p


8. If he/she become your enemy, the reason is...

Tak terpk langsung yg cinoi akan jdk enemy aku..no reason arrr...kan cinoi kan kan


9. The most desirable thing to do on him/her is?

Emmmmm…..ntah


10. The overall impression of him/her is...

Seorg shbt yg baik n happy banget…


11. How do you think the people around you will feel about you?

Ish payah lah nk jawap…xtau arr..tnyalah diorg2 tu sume k…


12. The character of you for yourself is?

Aku adalah aku…lallalalalala


13. On contrary, the character you hate of yourself is?

Aku bukan pendendam…klu org buat jahat aku biarkan je…knp aku xbalas ek…huhuhu..baik sngt kah aku? Oh terlalu pemaaf aku ni…


14. The most person that you wanna be is?

ntahlah ....


15. For the people who care about and likes you, say something about them.

Muah muah muah….


16. Ten people to tag:

  1. jijin
  2. mary jane
  3. cheryberry @ wan
  4. zaza
  5. yonna
  6. cik yus
  7. aisyah
  8. yumi
  9. goasop
  10. nurul


17. Who is no. 2 having a relationship with?

Terlalu perahsia org nye…hehhhe…aku pun tak tahu


18. Is no. 3 a male or a female?

female.


19. If no. 7 and no. 10 were together, would it be a good thing?

Diaorg xknl satu sama lain pun…hehhehe


20. How about no. 5 and 8?

Kwn di alam maya yg baik hati... :)


21. What is no. 1 studying about?

about life.


22. Is no. 4 single?

Single? Hehhehhhe.....TAK mungkin dia single....ahaaksss


23. Say something about no. 6..

CikYus, kwn kpd CHENTA HATI...la ni kwn aku plak..kwn blogger...hehhehe…slmt menjalinkan persahabatan CikYus…


Saturday, January 3, 2009

kehadiran org baru ....

" SELAMAT TAHUN BARU - 2009 "

mcm dh lambat wish je kan....ishh xlah lambat sngt...terlewat 3hari je.... :-) ..... aku agak bz sejak akhir2 ni...so jarang cikit online...klu online pun juz baca entry blogger yg lain..xsempat nk reply n story citer2 yg terkini...sorry....... :)


2009 ni family aku bertambah lagi dngn kehadiran insan baru yg semem
angnye di nanti2....."MUHAMMAD ALIF ASHSOBIRIN BIN TAJOK ARIFFIN"...fuh, panjang nama tu kan....


:: gambar ni diambil 2 hari slps ALIF dilahirkan ::


bertambah lagi anak buah aku....yang paling sronoknye dpt anak buah lelaki....almaklumlah keturunan aku ni rmi pmpuan....anak buah aku ada 5 org, 4 gurl n 1 boy.....so dngn kehadiran ALIF ni bertambah lah hero dlm family kami.....


sblm kelahiran
ALIF, aku sempat tnya kat abg ipar aku nk letak nama ape kat baby nnti.....abg ipar aku kate klu lelaki dia nk letak AS-SOBIRIN klu gurl biar akak aku yg bagi nama.....hehehhehe...aku tau knp nama AS-SOBIRIN jadi pilihan abg ipar aku....biar anak dia sntiasa sabar n tenang je mcm dia....hehehhehehehehe.....


yg penting skrg akak aku dh selamat melahirkan baby yg comel...... :-)