Friday, September 26, 2008

Lelaki kuat temberang?

Asyik citer pasal raye je kan....ape salahnye citer luar dri topik raye...hehehehe....saje nk tukar2 citer ngan kwn2.... pasal lelaki yg suke menipu...

Lelaki kuat temberang? suke menipu? pembohong besar? betul ke?........
betul..betul..betul... (versi
upin n ipin)

Photobucket

Aku stju sngt ngan ayat tu...tu lah sbnrnye yg menggambarkan siapa sbnrnye lelaki ....dlm 10 lelaki mgkn 1 je yg bleh dipercayai...tu pn tuah msg2...klu dpt bf yg jujur, ALHAMDULILLAH lah, tapi klu dpt yg jnis mcm ni kaki temberang, kelentong, asyik ckp bohong....ishhh nsb badan arrrr.....prangai manusia payah nak ubah...bawa smpi ke mati lah sifat pembohong n temberang tu......

Photobucket


Aku terbaca satu blog - MY ADHA...topiknye lelaki kuat temberang....best gak baca pasal lelaki kuat temberang ni...Contohnye mcm situasi ni :-

SITUASI TEMBERANG 1
pakwe : i nak kuar ni...nak g makan ngan kwn-kwn
umah...
awek : ok...jga dri bebaik tau...
pakwe : ok, sayang ayang...
awek : sayang by jgk :)

(kononlah si pakwe tu nk g makan kuar ngan kwn2...rupe2 nye dok g makan ngan pmpuan lain...bile call xangkat alasan tpon tinggal kat umah, tpon xder batery lah....ishhhh jahat kan...cian si awek, percaya giler kat pakwe...sdgkan pakwe dia dok kuar ngan gurl lain...dunia...dunia...)

Photobucket

SITUASI TEMBERANG 2
Seorang rakan baru-baru ini gelabah apabila teman wanitanya menemui anting-anting terselit di celah kerusi penumpang hadapan di dalam kereta yang dipinjamkan kepada kekasihnya itu. Berpeluh Adam (bukan nama sebenar) menjelaskan kepada buah hatinya bagaimana aksesori itu boleh berada di situ.

Adam yang teringat insiden keluar makan bersama rakan sepejabat, Linda (bukan nama sebenar) - gadis manis awal 20-an, ranggi, bergaya dan 'free hair', sehari sebelum 'diserang' teman wanitanya, pantas mencari alasan logik untuk menutup tembelangnya. “Awak jangan fikir bukan-bukan, itu anting-anting milik adik perempuan saya, Sarah (bukan identiti sebenar). Tak percaya tanya dia sendiri,” kata Adam memujuk teman wanitanya yang mungkin mula curiga dengan sikap Adam.

Lucu, sebaik memutuskan talian telefon bersama kekasihnya, Adam pantas menekan kekunci telefon bagi menghubungi Sarah. Sudah tentu adiknya itu perlu dijadikan ‘pelakon tambahan’ dalam ‘menjayakan’ satu lagi episod ‘kantoi’ dalam hidup Adam.(dipetik drpd citer MYADHA)

Photobucket

Situasi sebegini biasa terjadi dalam kehidupan lelaki. Mengapa lelaki cenderung menipu pasangannya? Apakah mahu mengelak krisis, lelaki lebih rela menipu dan memutar belitkan fakta sedangkan kadang kala, kebenaran yang cuba disembunyikan tidak memberi kesan buruk kepada hubungan andainya tembelang lelaki pecah?

Ada lelaki menipu tanpa niat. Bagi mereka, lebih baik tipu daripada teman wanita bermasam muka, naik angin atau mula bertengkar. Namun, dalam situasi seperti ini, bukanlah lebih baik lelaki menceritakan perkara sebenar? Jika pasangan saling mengenali diri masing-masing, sudah tentu segala prasangka atau andaian buruk dapat ditepis. Aku ada terbaca arkitel yang ditulis oleh Dr H M Tuah . Kata Dr H M Tuah, ada beberapa faktor mendorong lelaki menipu. Dalam soal perhubungan misalnya, ada lelaki bangga apabila berjaya menjalin hubungan dengan ramai wanita.

Photobucket

“Mereka akan merasakan diri mereka ‘jaguh’ bila mampu berbuat sedemikian. Namun, untuk melindungi perbuatannya serta takut dipersalahkan, mereka selalunya akan menabur janji dan juga menipu wanita yang menjalinkan hubungan dengan mereka,” ujarnya.

Dr H M Tuah menambah, menipu juga boleh dianggap sebagai ‘bakat semula jadi’ kerana ia memerlukan daya kreativiti.
(waaaaaa kreatif sngtlah tuuu)

“Sesetengah orang yang suka menipu memiliki bakat ini. Ia bergantung kepada langkah pertama mereka untuk menipu. Jika penipuan mereka itu menjadi, mereka akan berasa seronok dan menganggap diri hebat dalam soal ini. “Dari situ, mereka akan mengulangi perbuatan negatif ini sama ada pada waktu yang berkepentingan ataupun suka-suka. Tidak kurang juga yang seronok dan ketagih untuk menipu. Mereka tidak rasa bersalah melakukannya.

“Saya tidak setuju jika segelintir mengatakan mereka menipu demi untuk menyelamatkan keadaan atau tidak mahu sesebuah konflik berpanjangan. Perbuatan menipu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah, bahkan membuatkan ia semakin teruk bila penipuan itu terbongkar,” katanya.

Tepuk dada tanyalah selera...


Photobucket

Alasan tipu lapuk bagi lelaki...

* Kredit telefon bimbit habis - sedangkan tiada masa menghubungi kekasih.
* Batery low – Saje offkan takut kekasih telefon time kuar ngan gurl lain
* Mesyuarat/Tidak dngr bunyi telefon - alasan mudah tidak menjawab telefon.
* On the way - sedangkan tak gerak-gerak lagi pun.
* Jalan sesak - sedangkan kamu memang lewat.
* Over time - sebenarnya rakan-rakan mengajak menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak.


Aku stuju dgn pendapat Dr H M Tuah tu...perbuatan menipu ni tidak akan dapat menyelesaikan masalah tetapi makin menambahkan masalah yang besar...Menipu boleh menyebabkan kepercayaan kepada kekasih terus hilang...sekali ditipu smpi bile2 pn akan sntiasa diingt lagipun tipu ni dh jadik tabiat dlm kehidupan org yg suke menipu.....


PhotobucketHanya yang melalui akan merasai, Hanya yang memahami akan mengerti.....

6 comments:

KTS said...

500% aku setuju... lelaki mmg kaki temberang...
klu sebut pasal hal ni, aku mmg cepat EMO...

baik aku chow dulu sblm puasa aku tggl lapar dan dahaga je... pahala yilllekkkk..

GERAMMMMMMM

IEYNA said...

hehheehe....
lelaki+temberang+menipu=memang xboleh dipisahkan...

Anonymous said...

Lelaki tu ciptaan Allah juga. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Begitu juga dgn perempuan. Jgn terlalu obsess mengutuk lelaki kerana itu umpama mengutuk ciptaan Allah...

IEYNA said...

kpd hamba allah : bukan mengutuk ciptaan ALLAH S.W.T....juz memberi pendapat tntg lelaki pada masa kini....xsalah kan klu pendapat tu merupakan pendapat yg benar...cube baca betul2 apa yg cik yumici tulis...knp harus menipu sdgkan di dalam sesuatu hubungan tu kejujuran amat penting.... :)

thankz ur komen...

Anonymous said...

Tau itu hanya pendapat... tp tidakkah ianya mengguris perasaan org. Mengapa perlu menggunakan perkataan 'lelaki'? Bukankah lebih baik menggunakan 'sesetengah lelaki'...

Anonymous said...

bagi aku sama je laki dan ppuan sifat menipu tue mmg dh wujud dlm diri...ppuan pun byk jgk yg menipu.x adil la hnya 1 pihak je yg mnjadi mangsa....atas hati jgk.