Wednesday, August 6, 2008

* pada setiap KESETIAAN ada KECURANGAN *

hmmmm....ok..proposal dh siap...tnggl nk tgu penyelia dtg je...mgu dpn kot..huhuh..suspen betul...tn hj plak tu..arghhhh...dia sntiasa mengekori aku...huhuhuuh..nasib badan beb...

bosan xtau nk wat ape...sume aku dh buka, fs, email pn dh chck, dh baca paper...so...xtau nk godek2 apa lagi dlm internet ni.....emmmm...aku terpandang satu ayat ni lah yg mmbuatkan aku brminat nak bacanyer...so aku kongsi sama2 dngn kwn2 dlm ruangan blog ni..kiter baca sama2 k...



Pada setiap keindahan, sedarlah ada keburukan. Pada setiap kesetiaan awaslah pada kecurangan. Pada setiap janji percayalah ada kalanya akan dimungkiri.

Kita perlu berpada dalam menyayangi, mencintai dan mengasihi sewaktu di alam percintaan kerana terlalu menyayangi, mencintai dan mengasihi akan menyebabkan kita sanggup berkorban. Pengorbanan tak bertempat selalunya membawa padah.

Kenapa biarkan luka ini semakin dalam? Kenapa biarkan rindu ini menjadi parah? Kenapa biarkan air mata ini kian berderai? Kenapa biarkan kesepian ini begitu mencengkam? Kerana aku tak pernah berhenti merindu pada keindahan yang pernah tercipta antara kita.

Cinta menjadikan manusia BUTA, tidak dapat menilai hakikat sebenar. Maka, elok lah tatkala bercinta seseorang dijadikan tempat bertanya. ALLAH swt sentiasa di atas, Nabi sentiasa diingati, ibu ayah tak pernah dilupakan, menebat diri dengan ilmu pengetahuan dan mencintai diri sendiri diutamakan. Jika lima elemen ini berada di puncak, apa jua masalah yang muncul dalam bait-bait cinta dengan mudah dapat diatasi. Tidak mungkin bunuh diri kalau ALLAH swt masih ada, tidak mungkin dikorbankan kalau ingat Nabi, tidak mungkin derhaka kalau ingat ibu ayah, tak mungkin kecundang kalau berilmu dan tidak mungkin pipih dihimpit permasalahan cinta kalau sayangkan diri sendiri.

Ingat lah!!!…..Jiwa-jiwa yang gelisah akan panik menghadapi kesusahan, manakala jiwa-jiwa yang senyum akan mengatasi kesusahan dengan mudah…

2 comments:

ijad said...

salam... apa khabar..

ijad said...

salam.. saya telah link blog ni..