Tuesday, October 14, 2008

Jom Gelak.....

Tadi buka email...mcm2 citer lawak yg aku terima....hehhehehhee....aku nak kongsi ngan korang....saje nk rilek2kan otak ni..... :) ......


LAWAK 1

Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada
pelajarnya..
"kamu hendak ke mana?...syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke
syurga..angkat tangan...!!" maka semua pelajarnya pun mengangkat
tangan kecuali seorang murid. Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa
hendak ke neraka?".....semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk
seorang murid tadi...dengan kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....
habis awak nak ke mana??".
Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya
suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu
sampai,, dia jemput".


LAWAK 2

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit berat. Dia sedang terbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar ketukan keras di pintu luar. "Siapa di luar?" teriak orang tua itu dengan ketakutan. "Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"


LAWAK 3

Majikan : Kamu di pecat!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa!!
Majikan : Itu lah sebabnya mengapa kamu di pecat...


LAWAK 4

Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya hendak bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!


LAWAK 5

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer. "Apa masalah awak?" DOKTOR bertanyer..... "Macam mana saya nak balik doktor,
skang nie,....saya berada 480km dari umah........


No comments: